buy apps
×

iFaraid - Pengurusan Harta Warisan Mengikut Syariat Islam | Panload

Mengenai iFaraid

iFaraid adalah aplikasi pintar yang dibangunkan untuk memudahkan umat Islam dalam membuat pembahagian harta warisan dan wasiat atau harta pusaka berdasarkan hukum Faraid.

Aplikasi ini juga direka supaya umat Islam lebih memahami struktur dan cara pembahagian faraid supaya generasi akan datang tidak lupa serta kaedah pembahagian harta yang berlandaskan syarak terus diabaikan.

Pegertian Faraid

Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dan sebagainya) menurut hukum Islam.

Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dan sebagainya) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta)

Sabda Rasulullah SAW:

"Daripada Abi Hurairah ra berkata, Sabda Rasulallah SAW: Hendaklah kamu mempelajari Ilmu Faraid dan ajarkanlah akannya, kerana ia adalah setengah ilmu, ia adalah dilupakan dan ia adalah sesuatu yang mula dicabutkan dari umatku".
7.5
Download App From AppStore


Diskon

Author panload
Published 2015-06-03
Categories Nilai, Untuk,
Views 7625
25